Jadi,nak tanya pada sahabat2ku yang disayangi,adakah bercinta itu salah??? Ramai tertanya-tanya adakah bercinta itu salah?sahabat2ku yang disayangi,sebenarnya bercinta memang tidak salah malah ia merupakan salah satu anugerah Allah kepada manusia untuk kita bercinta di muka bumi ini...Cinta merupakan satu fitrah manusia,bilamana tubuh kita memerlukan air untuk hidup begitu juga manusia memerlukan cinta untuk merasa bahagia hidup di bumi yang dicipta Allah yang Maha Agung ini...
Tapi...bila Allah telah memberi satu anugerah yang begitu berharga,kita perlulah menghargai dan menjaga anugerah tersebut daripada dicemari anasir2 buruk dan jahat supaya anugerah tersebut terjaga kesuciannya...andai benar cinta itu anugerah daripada Tuhan sekalian alam kenapa berlaku masalah2 zina yang berleluasa di zaman ini??? Itulah kesalahan yang sering berlaku ketika bercinta...Allah telah mengadakan peraturan2 cinta demi menjaga kesucian cinta tersebut..bila berlaku masalah2 ini,maka berlakulah cinta terlarang yang melanggar peraturan daripada Allah..

Ketika itu fitrah akan bertukar fitnah,bila kehendak tabi'e tidak disalurkan mengikut peraturan Allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan..akuilah sahabat2ku bahawa cinta itu daripada Allah dan peraturan cinta juga datang daripada Allah s.w.t..So, ikutlah peraturan Allah yang telah ditetapkan..:-)

1 comments:
Cinta kpda bunga,bungakan layu
cintakan manusia,manusiakan pergi
cintakan Allah kekal abadi
Post a Comment