CiNTa ALLAH AdaLAh CiNTa AbADi..

Apa diharap padi di seberang, entahkan masak entahkan tidak,
Apa diharap kasihnya orang, entahkan sayang entahkan tidak..



Bukan tak boleh cari cinta manusia, tapi cinta Allah itu lebih indah, lebih kekal dan lebih bermanfaat dunia akhirat...

Carilah cinta manusia, namun jangan sesekali cintamu kepada manusia biasa melebihi cintamu pada Allah dan Rasulnya...

Pada manusia, cari dan cintailah mereka yang beragama (mempunyai kefahaman agama dan berpegang teguh dengan agama)...ini adalah pesanan Rasulullah sendiri..

Rasulullah SAW bersabda:-
تنكح المرأة لأربع :لما لها ولحسبها ولجما عها ولدينها ،فاظفر بذات الدين تربت يداك
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia."

Sekalipun hadis ini pada zahirnya ditujukan pada kaum lelaki akan tetapi pengajarannya juga melibatkan kaum wanita.


Selain itu, ada hadith lain yang menyatakan tentang keutamaaan menyintai Allah dan RasulNya.

Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".

(Hadth Sahih Riwayat Muslim)

9 comments:

suraya muhamad zainol said...

cinta allah pasti membawa kita ke syurga tapi cinta manusia yang tidak berlandaskan syariat islam pasti membawa kita ke neraka

...TaUTaN MaHaBBaH... said...

erm,,btol 2 su,,km sokong sgt2,,
cinta manusia mmg x b'panjangan,,

NurHazlina Hanipha said...

cinta manusia boleh dicari kemudian..yang penting cinta kepada ALLAH..btl x awk?

...TaUTaN MaHaBBaH... said...

btol awk,,btol sgt2...
sy b'ckap atas dsar pengalaman yg ade,,

SITI NAJAH BINTI MOHD PAUZI said...

cinta mnusia, mnusia akn mati
cinta pada Allah cinta yg kekal abadi
go go, cri cinta ilahi, pasti cinta mnusia datang mengiringi tatkala tiba waktunya....

...TaUTaN MaHaBBaH... said...

thats right najah,,,klu kite cinta kn Allah,Segala yg Allah bg nti,semua nya B'lndaskn cinta Nya,,,

Anonymous said...

assalamualaikum

thanx 4 the in4mation

jalan2 di sini ;)

KasihIsya said...

berharap dan ingin mencari cinta sejati itu ..
bermohon agar bertemu sinarNya ..
diri ini sangat lemah dan banyak kekurangan serta dosa ..

Blog Juga said...

Apakah perkataan yang lebih hebat dari perkataan "Cinta Allah"? jika ada, adakah anda bersedia menggunakannya? Siapa yang Allah paling "sayangi" ? dan mengapa? Apa makna cinta? mengapa perkataan cinta mempunyai banyak makna, makna yang mana anda sedang guna?

Post a Comment

..DeNGaR KaN..

Video ni berkaitan tentang cinta,,wahai sahabat2 ku,jangan lah kalian tersalah langkah dalam percintaan,,akibatnya merana diri sendiri,,dengarkan dan hayati kate2 ia bersama ye,,,


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com