ReNuNg2 KaN LaH,,,

1) Bahaya pandang memandang

"Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka.." ( surah an-Nur ayat 31 )

Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )

2) Bertemu muka bersendirian tanpa mahram

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Jabir r.a )

Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Amir bin Rabie’ah r.a )

3) Berjabat tangan atau bersentuhan dengan mereka yang halal kahwin

Siti Aisyah r.a berkata : Tidak! Demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain. Baginda hanya melakukan bai’ah ( janji setia) dengan mereka (perempuan) dengan percakapan.( Riwayat imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi )

0 comments:

Post a Comment

..DeNGaR KaN..

Video ni berkaitan tentang cinta,,wahai sahabat2 ku,jangan lah kalian tersalah langkah dalam percintaan,,akibatnya merana diri sendiri,,dengarkan dan hayati kate2 ia bersama ye,,,


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com