SaLaHKah BeRCinTa???

Salam sayang buat sahabat2ku sekalian....harap2 chat ye,,Mesti tertanya-tanyakan, kenapa tajuk ini pilihanku...rasenye semua sudah tahu apabila disebutkan tentang cinta mesti berkaitan dengan remaja kita pada hari ini...memang tidak boleh dipisahkan antara remaja dan cinta..gara2 cinta remaja2 zaman sekarang..terjebak dengan masalah sosial yang begitu teruk, contohnya zina,rogol,berkepit di khalayak ramai,cium di depan masyarakat seolah-olah tidak ada orang pun di hadapan mereka...inilah remaja kita pada hari ini sedangkan dalam Islam mengatakan remaja/pemuda sangat memainkan peranan penting dalam usaha menyampaikan risalah dakwah...

Jadi,nak tanya pada sahabat2ku yang disayangi,adakah bercinta itu salah??? Ramai tertanya-tanya adakah bercinta itu salah?sahabat2ku yang disayangi,sebenarnya bercinta memang tidak salah malah ia merupakan salah satu anugerah Allah kepada manusia untuk kita bercinta di muka bumi ini...Cinta merupakan satu fitrah manusia,bilamana tubuh kita memerlukan air untuk hidup begitu juga manusia memerlukan cinta untuk merasa bahagia hidup di bumi yang dicipta Allah yang Maha Agung ini...

Tapi...bila Allah telah memberi satu anugerah yang begitu berharga,kita perlulah menghargai dan menjaga anugerah tersebut daripada dicemari anasir2 buruk dan jahat supaya anugerah tersebut terjaga kesuciannya...andai benar cinta itu anugerah daripada Tuhan sekalian alam kenapa berlaku masalah2 zina yang berleluasa di zaman ini??? Itulah kesalahan yang sering berlaku ketika bercinta...Allah telah mengadakan peraturan2 cinta demi menjaga kesucian cinta tersebut..bila berlaku masalah2 ini,maka berlakulah cinta terlarang yang melanggar peraturan daripada Allah..

Ketika itu fitrah akan bertukar fitnah,bila kehendak tabi'e tidak disalurkan mengikut peraturan Allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan..akuilah sahabat2ku bahawa cinta itu daripada Allah dan peraturan cinta juga datang daripada Allah s.w.t..So, ikutlah peraturan Allah yang telah ditetapkan..:-)


1 comments:

Noor Aina Binti Abdul Rahman said...

Cinta kpda bunga,bungakan layu
cintakan manusia,manusiakan pergi
cintakan Allah kekal abadi

Post a Comment

..DeNGaR KaN..

Video ni berkaitan tentang cinta,,wahai sahabat2 ku,jangan lah kalian tersalah langkah dalam percintaan,,akibatnya merana diri sendiri,,dengarkan dan hayati kate2 ia bersama ye,,,


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com