BuKTi CiNTa SeJaTi..

Ada seorang lelaki buta yangmana semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang derma kan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata, “Tolong jaga mata saya baik-baik ya…”

Ini lah buktinya cinta sejati seorang kekasih terhadap kekasihnya,,akan tetapi,pengorbanan nya sia2 sahaja,,,jadikan lah ini sebagai satu pengajaran,,hargailah dengan pengorbanan yang telah diberikan,,,

Cinta sejati hanya akan berputik apabila hati sudah benar2 ingin menyayangi dan disayangi,,,

Terimalah pasangan anda dengan seadanya,bawanya ke jalan yang benar dan diredhai Ilahi,,,



Read more

SeNYuMaN BeRNiLaI...


"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya...senyumlah dari hati...duniamu berseri...senyum umpama titian dalam kehidupan...kau tersenyum...ku tersenyum...kemesraan menguntum...
senyum.... kepada semua...senyumanmu amatlah bermakna...senyum membahagiakan..dengan senyuman...terjalinlah...ikatan..."
Ingat lagi bait2 lagu nie..lagu iklan zaman kanak2..menggalakkan kita menghadiahkan senyuman sebagai tanda keramahan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Tak kiralah orang tua ke muda ke, melayu ke cina ke india ke, Islam ke bukan islam ke..dengan hanya melemparkan senyuman kita akan rasa senang bila orang yang melihat mengaggukkan kepala sekali sambul membalas senyuman kita (selalunya bila bertembung pandangan,padahal tak mengenali)
Senyuman di galakkan untuk mengeratkan persaudaraan. Senyuman juga dapat mengelakkan persengketaan. Malahan senyuman juga satu sedekah yang sangat mudah. Tanpa mengeluarkan wang ringgit, atau bertungkus lumus bekerja, kita mendapat pahala hasil dari senyuman yang kita berikan.
Akan tetapi...jeng..jeng..jeng...hanya senyuman yang ikhlas dengan niat yang baik(tak de udang di sebalik batu ke..mee ke..kuew tiaw ke) akan mendapat ganjaran pahala. Sedar atau tak sedar, sebenarnya senyuman juga boleh jadi penawar, penyejuk hati dan mendatangkan inspirasi. Power juga senyuman nie...sebab tu Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya melemparkan senyuman, jangan bermasam muka (nanti cepat tua). Senyum juga rahsia kepada awet muda...jadi selalu2lah tersenyum..untuk mengekalkan keremajaan wajah..ceewah..
Walaubagaimanapun...senyuman nie ada 1001 jenis senyuman. Ada juga senyuman yang kalau dilihat, hanya menyakitkan hati...menambah meluat...atau membuatkan orang jadi benci..antaranye..senyum orang gatal yang nak mengorat anak dara kat stesen bas ke..komuter ker..shoping kompleks ker...atau mana2 la...(macam nak penampo jer muke orang gatal tuh!) ada gak senyum sinis atau senyum kambing..macam ala2 nak mengejek je..(sakit hati betul kalau jumpa org senyum2 sinis ni..macam la dia best sangat nak senyum2 camtu..) dan lagi satu senyum sebab dah
termalu@sengih macam kerang busuk..ha..tu salah diri sendiri la..dah buat salah..sengih2 jer la..hahahaha..lain pulak kalau senyum malu2@tersipu2..tu..paham2 sendiri la..kwang..kwang..kwang...
Salam Ma'al Hijrah kawan2...dengan ucapan panjangkanlah salam dengan senyuman...(tapi ikhlas tau..jangan sembunyikan udang disebalik ape2..hehehe)

Senyuman yang benar2 ikhlas
akan terukir di bibir dengan sendirinya,,,
ia hadir tanpa dipaksa oleh sesiapa,
ia amat bermakna bagi insan yang menghargainya,,,

Read more

RinTiHaN HaTi...


"Aku mencintaimu
kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu..."
Ya Allah,,,kau dengarkan lah luahan dan rintihan hati hamba Mu ini,,,
Kau lindungi lah diri ku dari segala kemaksiatan dan kemurkaan,,,
Ku sedar ya Allah,diri ku terlalu banyak berdosa padaMu,,,
Kau terima lah segala taubat ku,,,

Ya Allah,aku tidak ingini perkara yang lepas berulang lagi,,,
Cukup lah ianya sebagai pengajaran untuk diriku,,,
Setiap malam ku menangis,,,
Ku mengharap keberkatan dari Mu,,,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Read more

ReNuNg2 KaN LaH,,,

1) Bahaya pandang memandang

"Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka.." ( surah an-Nur ayat 31 )

Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )

2) Bertemu muka bersendirian tanpa mahram

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Jabir r.a )

Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Amir bin Rabie’ah r.a )

3) Berjabat tangan atau bersentuhan dengan mereka yang halal kahwin

Siti Aisyah r.a berkata : Tidak! Demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain. Baginda hanya melakukan bai’ah ( janji setia) dengan mereka (perempuan) dengan percakapan.( Riwayat imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi )

Read more

SaLaHKah BeRCinTa???

Salam sayang buat sahabat2ku sekalian....harap2 chat ye,,Mesti tertanya-tanyakan, kenapa tajuk ini pilihanku...rasenye semua sudah tahu apabila disebutkan tentang cinta mesti berkaitan dengan remaja kita pada hari ini...memang tidak boleh dipisahkan antara remaja dan cinta..gara2 cinta remaja2 zaman sekarang..terjebak dengan masalah sosial yang begitu teruk, contohnya zina,rogol,berkepit di khalayak ramai,cium di depan masyarakat seolah-olah tidak ada orang pun di hadapan mereka...inilah remaja kita pada hari ini sedangkan dalam Islam mengatakan remaja/pemuda sangat memainkan peranan penting dalam usaha menyampaikan risalah dakwah...

Jadi,nak tanya pada sahabat2ku yang disayangi,adakah bercinta itu salah??? Ramai tertanya-tanya adakah bercinta itu salah?sahabat2ku yang disayangi,sebenarnya bercinta memang tidak salah malah ia merupakan salah satu anugerah Allah kepada manusia untuk kita bercinta di muka bumi ini...Cinta merupakan satu fitrah manusia,bilamana tubuh kita memerlukan air untuk hidup begitu juga manusia memerlukan cinta untuk merasa bahagia hidup di bumi yang dicipta Allah yang Maha Agung ini...

Tapi...bila Allah telah memberi satu anugerah yang begitu berharga,kita perlulah menghargai dan menjaga anugerah tersebut daripada dicemari anasir2 buruk dan jahat supaya anugerah tersebut terjaga kesuciannya...andai benar cinta itu anugerah daripada Tuhan sekalian alam kenapa berlaku masalah2 zina yang berleluasa di zaman ini??? Itulah kesalahan yang sering berlaku ketika bercinta...Allah telah mengadakan peraturan2 cinta demi menjaga kesucian cinta tersebut..bila berlaku masalah2 ini,maka berlakulah cinta terlarang yang melanggar peraturan daripada Allah..

Ketika itu fitrah akan bertukar fitnah,bila kehendak tabi'e tidak disalurkan mengikut peraturan Allah,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan..akuilah sahabat2ku bahawa cinta itu daripada Allah dan peraturan cinta juga datang daripada Allah s.w.t..So, ikutlah peraturan Allah yang telah ditetapkan..:-)


Read more

KaSiH DaN CiNTa DaLAm IsLaM,,,

Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih

sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang
yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti??


Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain, cukupkah untuk menjelaskan maksudnya?

Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram disisi Islam.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan...


Read more

..DeNGaR KaN..

Video ni berkaitan tentang cinta,,wahai sahabat2 ku,jangan lah kalian tersalah langkah dalam percintaan,,akibatnya merana diri sendiri,,dengarkan dan hayati kate2 ia bersama ye,,,


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com